Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 23, 2020

MUALAF ORANG ASLI SENTIASA DEKAT DI HATI KERAJAAN NEGERI PAHANG




PEKAN, 23 MEI 2020, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata  selesai menyampaikan bantuan dan sumbangan Aidilfitri kepada Mualaf muslimin dan muslimat masyarakat Orang Asli bagi Dewan Negeri Bebar yang telah disempurnakan semalam.


Sumbangan disampaikan kepada wakil masyarakat Orang Asli di kampung masing-masing.


Dalam petikan dari Facebook beliau.  Fakhruddin Ariff https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7?epa=SEARCH_BOX


Dato' Mohammad Fakhruddin berkata, "Pada tahun ini ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak disambut seperti lazim. Tiada perhimpunan besar dibenarkan dalam situasi semasa penularan wabak Covid-19. Dengan trend kes semasa dunia, wabak ini mungkin tidak akan berakhir dalam jangka masa yang terdekat ini."


"Negara kita seperti juga negara lain di seluruh dunia sedang berusaha menangani penularan wabak yang bahaya ini dimana sehingga kini masih belum ditemui sebarang vaksin untuk mencegahnya."


Menurut beliau, “Kita sedang melalui satu tempoh yang menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.Namun, pengorbanan yang kita lakukan ketika (PKPB) ini bagi menyelamatkan keluarga kita daripada jangkitan Covid-19, menyelamatkan nyawa orang lain dan juga membantu usaha Kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat.”


“Kita harus bersyukur dengan tidakan pantas Kerajaan Perikatan Nasional (PN), negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia. Alhamdulillah.”


“Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua penduduk termasuk masyarakat Orang Asli di Dewan Negeri Bebar agar terus mengamalkan Norma Budaya Kehidupan Baharu dengan sentiasa mempraktikan tiga langkah penting iaitu kerap membasuh tangan, penjarakan sosial serta penggunaan penutup hidung serta mulut terutamanya jika berkumpul di Hari Raya nanti.”


Dato' Mohammad Fakhruddin berterima kasih  kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Ahli Parlimen Pekan, Dato' Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Pekan, Datuk Melati Ali dan semua yang terlibat dalam menghulur sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Mualaf muslimin dan muslimat Orang Asli Dewan Negeri Bebar.


“Kerajaan Negeri Pahang, JAIP dan MUIP sentiasa menjaga kebajikan serta memberi pertolongan kepada mualaf di negeri ini. Semoga kita semua beroleh rahmat daripada Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”


SUMBER :FACEBOOK:  Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7/videos/568064557446844/
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo
#KasihSayangDunBebar


0 comments:

share2