PEKAN, 23 MEI 2020, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi,
Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Mohammad
Fakhruddin bin Mohd Ariff berkata selesai menyampaikan bantuan dan sumbangan
Aidilfitri kepada Mualaf muslimin dan muslimat masyarakat Orang Asli bagi Dewan
Negeri Bebar yang telah disempurnakan semalam.
Sumbangan disampaikan kepada wakil masyarakat Orang Asli di
kampung masing-masing.
Dalam petikan dari Facebook beliau. Fakhruddin Ariff https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7?epa=SEARCH_BOX
Dato'
Mohammad Fakhruddin berkata, "Pada tahun ini ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak disambut
seperti lazim. Tiada perhimpunan besar dibenarkan dalam situasi semasa
penularan wabak Covid-19. Dengan trend kes semasa dunia, wabak ini mungkin
tidak akan berakhir dalam jangka masa yang terdekat ini."
"Negara kita seperti juga negara lain di seluruh dunia sedang
berusaha menangani penularan wabak yang bahaya ini dimana sehingga kini masih belum
ditemui sebarang vaksin untuk mencegahnya."
Menurut beliau, “Kita sedang melalui satu tempoh yang
menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.Namun, pengorbanan yang kita lakukan
ketika (PKPB) ini bagi menyelamatkan keluarga kita daripada jangkitan Covid-19,
menyelamatkan nyawa orang lain dan juga membantu usaha Kerajaan membendung
penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat.”
“Kita harus bersyukur dengan tidakan pantas Kerajaan
Perikatan Nasional (PN), negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan
kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia. Alhamdulillah.”
“Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua penduduk
termasuk masyarakat Orang Asli di Dewan Negeri Bebar agar terus mengamalkan
Norma Budaya Kehidupan Baharu dengan sentiasa mempraktikan tiga langkah penting
iaitu kerap membasuh tangan, penjarakan sosial serta penggunaan penutup hidung
serta mulut terutamanya jika berkumpul di Hari Raya nanti.”
Dato' Mohammad Fakhruddin berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri
Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Ahli Parlimen Pekan, Dato' Sri Najib Tun Razak,
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Pekan, Datuk Melati Ali
dan semua yang terlibat dalam menghulur sumbangan dan bantuan kepada masyarakat
Mualaf muslimin dan muslimat Orang Asli Dewan Negeri Bebar.
“Kerajaan Negeri Pahang, JAIP dan MUIP sentiasa menjaga
kebajikan serta memberi pertolongan kepada mualaf di negeri ini. Semoga kita
semua beroleh rahmat daripada Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”
SUMBER :FACEBOOK: Pengerusi
Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia
Negeri Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7/videos/568064557446844/
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo
#KasihSayangDunBebar
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor