PEKAN: Projek
Ternakan Udang Laut oleh Syarikat Agrobest (M) Sdn Bhd di Tanjung Batu, Nenasi
terus menggajikan 400 pekerja tempatan dalam keadaan dunia menghadapi pandemic Covic-19.
Projek Ternakan Udang dii Nenasi merupakan sebuah projek
yang sangat berdaya maju. Projek ini telah banyak membantu kemajuan di Pekan
dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekaligus dapat
meningkatkan ekonomi mereka.
Dianggarkan lebih 400 penduduk Pekan terutamanya di sekitar
Nenasi termasuk masyarakat Orang Asli bekerja disini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau,
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd
Ariff berkata dalam keadaan seluruh dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19
sehingga mengakibatkan banyak syarikat dan perniagaan menghadapi situasi yang
sukar ketika ini sehingga ada yang mengurangkan pekerja namun Agrobest dilihat
tetap bertahan dan terus beroperasi serta membayar gaji pekerjanya seperti
biasa.
Semalam Dato' Mohammad Fakhruddin berkesempatan mengadakan
perbincangan bersama pengurusan Agrobest. Beliau turut menyampaikan sumbangan
Hari Raya kepada pekerja yang menyambut Aidilfitri di syarikat itu.
Beliau berharap syarikat akan dapat mengembangkan lagi perniagaannya
dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.
SUMBER : FACEBOOK Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
#PahangGo
#Pahang1st
#KasihSayangDunBebar+
#MajuTerusPahang
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor