Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 19, 2020

HAJAT MEMILIKI RUMAH TERCAPAI DI BULAN RAMADHAN



Pada Ramadhan tahun ini  Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.bersyukur kerana dapat  membantu penduduk kurang berkemampuan di Kampung Permatang Pauh, Bebar yang amat memerlukan sebuah rumah.


Melalui Kerajaan Negeri Pahang dan permohonan yang disokong oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail maka tercapailah hajat beliau membantu dua orang penduduk yang benar-benar susah (golongan miskin) untuk memiliki sebuah rumah sendiri baru-baru ini.


Puan Salemah bt Karem, merupakan seorang ibu tunggal anak 7 telah menerima sebuah rumah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) manakala Sdr. Suhasrizal bin sudin yang mempunyai 5 orang anak telah menerima sebuah rumah yang diusahakan dengan bantuan badan korporat.


Kedua-dua mereka sebelum ini hanya menumpang mendiami sebuah rumah kayu yang agak usang dan telah dibaiki beberapa kali. Memikirkan anak-anak mereka yang semakin membesar tambahan pula pekerjaan mereka yang sememangnya tidak mampu untuk menyewa rumah maka saya usahakan rumah 3 bilik ini bagi meringankan beban serta memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.


Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Kerajaan Negeri yang tidak putus-putus membela nasib rakyat di negeri ini.


Kepada penyumbang terutamanya badan korporat dan agensi-agensi berkaitan, beliau berharap agar terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan. Tanggungjawab sosial usaha murni oleh badan-badan korporat amatlah dihargai.


Penghargaan juga diberikan kepada Pengerusi jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) Permatang Pauh, Ustaz Mohd Nasrul hakim bin Mat Daud serta kesemua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung dalam Dewan Negeri Bebar yang telah bekerja keras, berterusan mendampingi serta mengambil maklum masalah penduduk setempat.


Dalam ruang Facebook  Dato' Mohammad Fakhruddin menulis, “In Sya Allah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu rakyat dari pelbagai sudut. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah SWT agar segala usaha kita dipermudahkan olehnya. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.”

SUMBER:  
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo
#KasihSayangDunBebar

19 Mei 2020

SUMBER: https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7/videos/565340647719235/

0 comments:

share2