KUANTAN, 10 APRIL 2020: Kerajaan memberi jaminan stok
bekalan ikan dan hasil laut di negara ini adalah mencukupi dalam pasaran
walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB.
Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi berkata, pada masa kedudukan stok ikan dan
hasil laut negara adalah berjumlah 185,000 tan metrik sebulan.
“Berbanding dengan keperluan semasa berjumlah 155,000 tan
metrik sebulan. Jadi kita ada lebih 30,000 tan, jadi tiada masalah. Justeru
kita memberi jaminan bekalan makanan ikan mencukupi untuk negara.
Stok bekalan ikan dan
hasil laut di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan di
Kemunting dilihat masih banyak dan mencukupi.
“Namun memerlukan rantaian pemasaran yang perlu diselesaikan
supaya bekalan ini sampai kepada rakyat. Apa yang penting rakyat tidak perlu
membuat pembelian panik.
YB. Dato’ Haji Che
Abdullah Mat Nawi (empat kanan) menyampaikan bantuan Covid-19 kepada nelayan
yang terjejas selepas mengadakan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) Kuantan.
“Ini kerana pengeluaran ikan berterusan seperti biasa dan
walaupun ada PKP, namun bekalan boleh sampai kepada rakyat,” katanya ketika
ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Kuantan di Kemunting di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihak
kementerian juga sudah membuka bilik gerakan bagi menyelesaikan pelbagai
permasalahan yang berkaitan pemakanan baik dari segi harga, lambakan dan
masalah dalam penghantaran.
“Tetapi setakat ini tidak ada masalah yang besar,
kebanyakannya adalah masalah yang kecil sahaja dan kita sudah selesaikan satu
persatu. Rakyat tidak perlu bimbang,” katanya.
Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Makanan II, YB. Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi.
Sementara itu, jumlah pendaratan ikan di Kompleks LKIM di
seluruh negara sepanjang tempoh PKP bermula 8 Mac hingga 8 april lalu adalah
16,631 tan metrik dengan nilai RM59.02 juta.
“Di LKIM Kuantan pula, jumlah tangkapan ikan dalam tempoh
yang sama adalah sebanyak 4,635 tan metrik dengan nilai RM10.36 juta. Purata
pendaratan ikan sehari adalah 211 tan metrik,” katanya.
SUMBER: PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment