KUANTAN, 10 APRIL 2020: Pihak
berkuasa di daerah ini mempergiatkan penguatkuasaan atau memperkasakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh kawasan bagi mengekang penularan wabak
COVID-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan,
Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, langkah ini dilaksanakan
selepas daerah Kuantan diisytiharkan sebagai zon merah COVID – 19.
“Tujuh kawasan itu adalah, Taman
Mahkota Aman, Taman Mahkota Permai, Taman Inderapura, Taman Pandan Perdana,
Indera Sempurna, Taman Pandan Perdana, Indera Mahkota dan Felda Bukit Goh,”
katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, setiap tujuh
kawasan tersebut akan dipantau sepanjang 24 jam oleh agensi-agensi penguatkuasa
termasuk polis, tentera, RELA dan PBT.
“Penduduk-penduduk kawasan itu
dinasihatkan supaya mengelak keluar daripada rumah dan pihak penguatkuasa hanya
membenarkan individu yang wajib keluar sahaja atas sebab yang sangat perlu.
“Setiap laluan kecil di
ketujuh-tujuh kawasan itu ditutup dan hanya laluan utama sahaja dibuka dan
dikawal secara ketat,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya
penghuni kawasan itu memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan boleh
hubungi di talian 09- 5652090 ke bilik gerakan polis.
“Orang ramai juga tidak perlu
panik dan patuhi arahan pihak berkuasa. Pihak polis juga akan menahan penduduk
yang keluar rumah dengan alasan tidak kukuh di kawasan berkenaan,” katanya.
Jelasnya lagi, tujuh kawasan itu
tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sepertimana
ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment