Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 6, 2020

PM UMUM PAKEJ TAMBAHAN KHUSUS PKS BERNILAI RM10 BILION




PUTRAJAYA, 6 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


Pakej rangsangan tambahan ini akan dapat menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan, katanya semasa mengumumkan pakej tersebut, di sini, hari ini.


Menurut Muhyiddin, antara langkah-langkah tambahan yang diambil ialah peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.


Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah antara RM600 hingga RM1,200 mengikut jumlah bilangan pekerja.


Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan Suruhnajaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Jan 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.


Perdana Menteri berkata kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.



SUMBER -- BERNAMA

0 comments:

share2