Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 24, 2020

[JERANTUT] KESAL TINDAKAN SEGELINTIR YANG TABUR FITNAH BELUM TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI SEDANGKAN TELAH TERIMA







UMNO Bahagian Jerantut kesal dengan tindakan segelintir individu yang menabur fitnah terhadap kerajaan negeri mengenai bantuan Prihatin Covid19 kepada keluarga yang terjejas sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Terbaru, seorang wanita dari Kampung Bukit Rang, di sini telah menghantar mesej melalui Facebook kendalian Kerajaan Negeri Pahang kononnya tidak pernah menerima sebarang bantuan biarpun ayahnya seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, pihaknya telah melakukan siasatan mengenai dakwaan wanita terbabit dan memanggilnya untuk memberi penjelasan lanjut semalam.

"Kita telah panggil wanita berkenaan dan kita beritahu bahawa bantuan yang diterima oleh keluarganya sebelum ini adalah daripada kerajaan negeri,

"Sebenarnya kami sudah menyalurkan bantuan kepada keluarga ini dan hari ini kami bagi sekali lagi berserta pelekat tertera gambar Menteri Besar Pahang pada bungkusan beras malah kita minta dia memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terlibat, dia juga telah mengaku kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," katanya.

Melalui siasatan bersama Pengerusi JKKK, Umno dan JKM, berpandukan rekod didapati wanita ini telah beberapakali menerima bantuan sejak PKP sama ada melalui Kerajaan Negeri, MUIP, Zakat, JKM dan melalui NGO. Malah tinjauan ke rumahnya mendapati masih banyak barang bantuan yang disumbangkan pelbagai pihak tersimpan di dapurnya namun dia masih tidak cukup. Kami tidak mengambil sebarang tindakan cuma menasihati wanita terbabib agar bersikap jujurlah dalam hidupnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan daripada kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar, di sini hari ini.

Menurutnya, hampir 6,700 keluarga di daerah ini telah menerima bantuan daripada beberapa agensi termasuk kerajaan negeri, UMNO Bahagian dan MUIP.

"Unit Task Force telah bergerak di semua kawasan Parlimen Jerantut termasuk kawasan pedalaman Ulu Tembeling untuk mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya berharap tidak ada lagi fitnah yang ditaburkan melalui media massa dan pihaknya akan membuat laporan polis sekiranya masih berlaku selepas ini.

Masih ramai yang memerlukan bantuan. Kerajaan negeri bersama pelbagai pihak melakukan yang terbaik siang dan malam untuk menyampaikan bantuan kepada yang mereka yang benar-benar terkesan ketika PKP ini.

Tidak perlulah menyampaikan maklumat yang tidak benar ke Facebook Kerajaan Negeri atau sebagainya kerana jika didapati ianya tidak benar tindakan boleh diambil. Berhubunglah terus dengan Ketua Kampung, Penghulu, wakil pejabat Dewan Negeri, Umno bahagian jika masih belum terima bantuan dan sememangnya layak.


0 comments:

share2