Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2020

MB PAHANG UCAP TAHNIAH KEPADA MUHYIDDIN




KUANTAN : Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.


Menurutnya, keputusan itu amat melegakan seluruh rakyat negara dan negeri, yang membuktikan kedaulatan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam melaksanakan pemerintahan negara.


Katanya, keputusan itu juga membuktikan keberkesanan persepakatan dalam kalangan parti-parti politik yang termasuklah Parti Bersatu serta Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN).
"Semoga dengan ini, pentadbiran negara dapat digerakkan kembali demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, InsyaAllah," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.


SUMBER :  Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)


0 comments:

share2