KUALA LUMPUR – Sikap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin
Nasution yang meragui kemampuan Tan Sri Muhyddin Yassin untuk memikul
tanggungjawab sebagai perdana menteri ternyata menarik perhatian beberapa pihak
termasuk seorang bekas pesakit kanser.
Bagi Azizi Safar, Saifuddin secara sewenang-wenangnya
menghina pesakit kanser dan mereka yang pernah mengalami penyakit tersebut.
“Saifuddin Nasution jaga sikit mulut anda. Jangan hina
pesakit kanser dan bekas pesakit kanser. Saya pun cancer survivor juga,” kata
Azizi, pemerhati politik yang aktif di laman Facebook.
Azizi menambah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
juga merupakan bekas pesakit kanser.
“Elok saja jadi perdana menteri sampai hari ini. Singapura
terus maju juga.
“Dah tak ada benda lain nak burukkan Muhyiddin.
“Kanser boleh diubati. Kebodohan Saifuddin Nasution tak ada
ubat. Air jampi pun tak boleh bantu,” katanya.
Malam tadi Saifuddin di pentas siri Jelajah Pakatan Harapan
‘mendedahkan’ perihal ketidakhadiran Muhyiddin ke mesyuarat Kabinet kerana
menjalani rawatan peyakit kanser yang dialaminya.
SUMBER : FACEBOOK AZIZI SAFAR , MalaysiaGazette
0 comments:
Post a Comment