Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 12, 2020

MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS DITUBUHKAN DI PERINGKAT NEGERI




KUALA LUMPUR - UMNO dan Pas menubuhkan jawatankuasa pelaksana dan penyelaras Muafakat Nasional di peringkat negeri serta bahagian sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara tersebut antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
.

"Kita juga membincangkan mengenai penubuhan sekretariat bersama. Kita telah dapat tempat dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa untuk mengurus sekretariat ini
.

"Muafakat Nasional perlu bersedia jika kemungkinan PRU15 dilaksanakan lebih awal," katanya kepada media selepas tamat mesyuarat berkenaan di sini.

.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.



Sumber : UMNO Pahang

0 comments:

share2