KUALA LUMPUR - UMNO dan Pas menubuhkan jawatankuasa
pelaksana dan penyelaras Muafakat Nasional di peringkat negeri serta bahagian
sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
perkara tersebut antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
.
"Kita juga membincangkan mengenai penubuhan sekretariat
bersama. Kita telah dapat tempat dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa untuk
mengurus sekretariat ini
.
"Muafakat Nasional perlu bersedia jika kemungkinan
PRU15 dilaksanakan lebih awal," katanya kepada media selepas tamat
mesyuarat berkenaan di sini.
.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan
Sri Anuar Musa; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Dato Sri Wan Rosdy Wan
Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Sumber : UMNO Pahang
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor