KUANTAN : Kerajaan Pahang menggalakkan
penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga
(KRT) untuk sama-sama terlibat aktif dalam usaha mengurangkan penularan virus
denggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim Muda berkata, usaha bersepadu ini adalah
perlu bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat terjamin daripada
penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia itu.
"Semua pihak terutamanya penduduk harus
bertanggungjawab dalam memastikan kawasan rumah mereka bersih dan bebas daripada
pembiakan nyamuk aedes.
"Saya juga meminta agar mereka menggerakkan program 10
minit dengan memeriksa kawasan persekitaran untuk mencari dan memusnahkan
lokasi yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Selepas Operasi
Gempur Denggi di kawasan sekitar Sungai Isap, di sini, hari ini.
Operasi terbabit melibatkan seramai 100 anggota daripada
tujuh agensi iaitu Unit Penguatkuasan Negeri Pahang (UPNP), PejabatKesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), SWCorp,
Pejabat Tanah dan Galian Kuantan, Alam Flora dan JKKK serta KRT kawasan
setempat.
Dalam operasi bersepadu yang berlangsung selama 4 jam itu
sebanyak 86 buah rumah diperiksa dengan tujuh notis kompaun bernilai RM3,500
telah dikeluarkan.
Sementara itu, YB Encik Abd Rahim berkata, operasi bersepadu
ini akan diteruskan ke beberapa lokasi lain dengan mengambil tindakan serius
dalam mencegah denggi di peringkat negeri.
Tambahnya, usaha ini perlu diperkasakan ekoran kenaikan
jumlah peningkatan kes denggi di negeri ini daripada 150 kes pada 2019 kepada
460 kes pada 2020 dalam tempoh yang sama.
SUMBER: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor