KUANTAN - Pahang tidak menyekat kedatangan pelancong
menerusi penerbangan antarabangsa dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan
Ahmad Shah (LTSAS) susulan penularan koronavirus (Covid-19).
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri
Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ini kerana penerbangan
pertukaran dari Taiwan menerusi Singapura itu sudah menjalani saringan atau
pemeriksaan kesihatan.
Bagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama
pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri sudah meletakkan tiga mesin
pengimbas haba di LTSAS.
"Kita sudah pastikan ada mesin pengimbas haba tetapi
prosedur lanjut akan dilakukan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan,"
katanya pada sidang akhbar berhubung isu semasa sektor pelancongan Pahang di
Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni
dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Datuk Idros Yahya dan Pengurus Besar
Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar.
Pada masa ini jadual penerbangan Singapura ke Pahang ialah
tiga kali seminggu, dua dari Singapura dan satu penerbangan pertukaran dari
Taiwan.
Penerbangan tersebut ialah oleh Scoot Air Singapura; Fire
Fly Singapura dan Charted Flight China (tidak berjadual).
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor