RAUB, 16 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr.
Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat sedang berhadapan dengan sebuah kerajaan
yang tidak diyakini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan lebih parah
lagi ia turut tidak diyakini oleh pelbagai pihak.
Jelas beliau, rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan
apabila Kerajaan PH tidak berkeupayaan melakukan yang terbaik bukan sahaja
untuk rakyat tetapi juga negara.
“Keadaan lebih menyukarkan apabila ketiadaan halatuju jelas
baik dari segi polisi dan dasar. Kemana sebenarnya Kerajaan PH hendak bawa
negara ini?
“Di tambah pula dengan krisis kepimpinan akibat proses
peralihan kuasa yang nampak bermasalah. Ini menyebabkan Kerajaan PH hilang
fokus, kebajikan dan kepentingan rakyat tidak diberikan tumpuan. Kesannya,
rakyat yang menanggung akibat,” ujar beliau ketika berucap dalam program
Muafakat Nasional peringkat Parlimen Raub di Felda Lembah Klau malam tadi.
Tambah Shamsul Anuar, kerana itu UMNO dan PAS harus
memperkukuhkan Muafakat Nasional sebagai harapan baru kepada rakyat.
“Halatuju kita ialah mengembalikan kekuatan UMNO, misi kita
kembalikan UMNO sebagai parti berkuasa dan memerintah.
“Bagaimanapun untuk mengembalikan kekuatan UMNO, kita mesti
membuat persediaan dan merangka strategi yang betul serta tepat. Perkara yang
penting, pimpinan, ahli dan penyokong mestilah memperkukuhkan perpaduan dan
yakin kepada perjuangan parti.
“Saya yakin dan bagi jaminan bahawa pimpinan UMNO akan
lakukan yang terbaik untuk parti. Kita semua sayangkan UMNO, jadi marilah kita
bersama menjaga parti ini,” tegas beliau.
Ulas Shamsul lagi, disebabkan rakyat meletakkan harapan yang
tinggi kepada Muafakat Nasional maka UMNO perlu membuktikan bahawa gabungan dua
parti Islam terbesar ini mampu membela serta menjaga rakyat tanpa mengira
bangsa dan agama.
“Namun kita perlu berwaspada kerana pelbagai pihak cuba
memecah-belahkan kita. Tapi jika kita bersatu-padu, pasti tiada pihak mampu
memecahkan kita,” ujar beliau lagi.
SUMBER – UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment