Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 14, 2020

LYNAS TERIMA LAMPU HIJAU KABINET ?




PETALING JAYA – Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun.


Sinchew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat selepas Kabinet berpuas hati dengan Lynas yang telah mematuhi tiga syarat yang ditetapkan kerajaan.


Tambahnya, keputusan Kabinet itu adalah keputusan terakhir memandangkan lesen operasi Lynas akan tamat tempohnya pada akhir Februari.


Menurut sumber itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan Kabinet tersebut.


Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebelum ini telah mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasinya selama enam bulan.


Lynas antaranya perlu mengemukakan perancangan pembinaan kemudahan pemecahan serta larut-resap di luar negara bagi tujuan pemindahan proses ke negara berkenaan.


Selain itu, Lynas juga perlu mengenal pasti tapak untuk kemudahan pelupusan kekal serta membawa residu radioaktif ke luar negara.


Lynas turut dikehendaki menghentikan penyelidikan menjadikan residu radioaktif sebagai CondiSoil dalam pertanian.



SUMBER – Sinchew Daily,  MalaysiaGazette

0 comments:

share2