PETALING JAYA – Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam
telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga
tahun.
Sinchew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat selepas
Kabinet berpuas hati dengan Lynas yang telah mematuhi tiga syarat yang
ditetapkan kerajaan.
Tambahnya, keputusan Kabinet itu adalah keputusan terakhir
memandangkan lesen operasi Lynas akan tamat tempohnya pada akhir Februari.
Menurut sumber itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan mengeluarkan kenyataan rasmi
berhubung keputusan Kabinet tersebut.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebelum ini telah mengenakan
tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasinya selama enam
bulan.
Lynas antaranya perlu mengemukakan perancangan pembinaan
kemudahan pemecahan serta larut-resap di luar negara bagi tujuan pemindahan
proses ke negara berkenaan.
Selain itu, Lynas juga perlu mengenal pasti tapak untuk
kemudahan pelupusan kekal serta membawa residu radioaktif ke luar negara.
Lynas turut dikehendaki menghentikan penyelidikan menjadikan
residu radioaktif sebagai CondiSoil dalam pertanian.
SUMBER – Sinchew Daily,
MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor