Perjuangan DAP yang
menentang keras pembinaan kilang Lynas ternyata sia-sia apabila jemaah menteri
yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas
dilanjutkan selama tiga tahun.
Dengan keputusan tersebut, DAP sebenarnya secara
terang-terangnya telah mengkhianati prinsip parti itu.
Timbalan Pengarah Publisiti MCA, Datuk Leong Kim Soon
berkata, sama ada DAP memberi kelulusan tersirat atau kekal diam semasa
mesyuarat kabinet pada 12 Februari lalu, jelas sekali ‘roket’ telah membuat
pusingan U mengenai isu Lynas.
“Adakah enam menteri DAP itu tidak rasa malu terhadap protes
dan tindakan mereka menjelang PRU-14 yang lalu.
Ketika itu, DAP telah mencetuskan amaran dalam meraih undi
tetapi selepas mendapat undi, mereka pula secara terang-terangan mengkhianati
prinsip sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam membangkitkan semula isu itu, Leong berkata, sebelum
mendapat kuasa, pemimpin-pemimpin DAP termasuk 6 Menteri Kabinetnya telah
mengkritik hebat kewujudan kilang Lynas.
DAP menuduh kewujudan Lynas akan menjejaskan keselamatan
penduduk sekiranya ia meletup.
Secara sinis, beliau berkata, apakah pendirian sebenar Ahli
Parlimen Bentong DAP, Wong Tack yang bertindak sebagai pejuang alam sekitar
dengan melaung-laung penutupan Lynas semata-mata mahu meraih sokongan rakyat.
“Ironinya, apabila memasuki kabinet, keputusan dibuat untuk
memperluaskan lesen operasi Lynas,” tempelak Leong.
SUMBER - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor