Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 29, 2019

PARAS AIR SUNGAI TEMBELING MULAI CECAH PARAS BAHAYA




JERANTUT, 29 NOVEMBER 2019, Hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah meningkatkan paras air di kebanyakkan sungai-sungai utama di negeri Pahang termasuklah Sungai Tembeling.


Menurut laporan Jawatankuasa Banjir Kuala Tahan, paras air sungai di Kampung Bantal Ulu Tembeling telah naik melebihi 3 meter hari ini dan melimpah hingga ke kawasan kampung Orang Asli dan pengkalan bot yang sering digunakan penduduk disitu.


Paras air di Kuala Tahan juga telah meningkat kepada 63.3 meter hingga melimpah ke kawasan restoran terapung. Keadaan ini memaksa pemilik restoran mula menutup operasi, memunggah segala barangan perniagaan untuk diletakkan ditempat yang lebih tinggi.


Kejadian tanah runtuh turut berlaku di jalan Kuala Tahan ke Kampung Bantal, namun keadaannya masih terkawal.


Penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menjauhi aktiviti di sungai dan mendengar arahan pihak bertanggungjawab.


Ibu bapa juga diingatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain di tempat-tempat yang boleh mengundang bahaya.



Sumber: PahangKu Media.

0 comments:

share2