UNIC yang tampil menjelaskan kekeliruan itu berkata pencipta
lagu berkenaan, Harry berkata idea untuk menghasilkan irama lagu berkenaan
serta penggunaan ungkapan “bossku” itu datang daripada kelaziman orang Sabah
bercakap.
“Saya sudah hasilkan lagu ini pada dua tahun lalu dan
ideanya datang daripada penggunaan perkataan bossku oleh penduduk Sabah.
“Jadi, apabila ada netizen menganggap lagu ini ada kaitan
dengan ahli politik, itu tidak benar,” kata pemain gitar kumpulan Khalifah itu
memetik laporan Harian Metro hari ini.
Lagu “Padu Bossku” adalah hasil ciptaan Harry dan liriknya
pula oleh Achoi Floor 88.
Lagu tersebut juga mencapai 665,000 tontonan sejak dimuat
naik di YouTube sebulan lalu.
Tambah Harry, perkataan “bossku” juga tidak digunakan untuk
meraih populariti atau mengambil kesempatan terhadap mana-mana situasi
sekarang.
“Saya tidak hasilkan lagu ini untuk menumpang populariti
sesiapa atau apa-apa situasi.
“Kebetulan, lagu ini kami keluarkan selepas perkataan bossku
mula diguna pakai oleh banyak pihak.
“Maka orang menganggap lagu ini adalah untuk tumpang
populariti,” katanya.
Sebelum ini, lagu-lagu UNIC lebih terarah kepada nasyid,
namun kini kumpulan itu lebih berani untuk mendalami pelbagai genre muzik.
SUMBER:
https://youtu.be/IVs3HZ4ZBT4
0 comments:
Post a Comment