Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, kecuali Pahang dan Perlis yang mengekalkan kemenangan dalam PRU-14
lalu menjadikan parti itu mengenali siapa kawan serta lawan sebenar ketika
menang dan kalah.
“Jadi, itulah hikmahnya bila kita kalah, yang pertama sekali
kita hendak kenal siapa kawan dan siapa lawan kita. Bila kita ada kuasa dan
menang macam ini, tapi bila kalah macam ini.
“Tetapi rakan kita dari Parti Islam SeMalaysia (Pas) bila
kita menang tidak bersama dengan kita, tetapi bila kita kalah mereka datang
bantu kita.
“Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Dan bantuan
bermula di Cameron Highlands,” ujarnya seperti dipetik UMNO Online ketika
merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan
Kemiskinan Kelantan (YKK) semalam.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang
juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi
Che Ahmad dan Datuk Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan barisan kepimpinannya.
Tambah Wan Rosdy lagi, resipi kejayaan Pilihan Raya Kecil
(PRK) Cameron Highlands lalu adalah kerana strategi diatur sesuai mengikut
keadaan dan semasa, yang perlu diikut parti bagi menghadapi PRU-15 nanti.
“Andainya Pas meletakkan calon semasa PRK Cameron Highlands
tempoh hari, yang menang bukan Pas, yang menang bukan UMNO tapi yang menang
ialah DAP.
“Sebab apa? Sebab semasa PRU-14 kita cuma menang dalam empat
ratus undi sahaja majoriti. Dan dengan keadaan sekarang mereka (Pakatan Harapan
(PH)yang pegang agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),
DAP yang akan menang,” tegasnya.
Justeru itu katanya, UMNO telah sedar strategi amat penting.
Jelas Wan Rosdy, kekalahan BN juga disebabkan rakyat ditipu
dengan manifesto PH yang sehingga kini gagal dilaksanakan kecuali menghapuskan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) digantikan dengan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST).
“Kekalahan BN tidak menjadikan negara semakin baik malah
semakin teruk tambahan pula pemimpin-pemimpin PH sering mengeluarkan idea-idea
yang mengarut dan tidak mampu memakmurkan ekonomi negara,” tegasnya. -
SUMBER: UTUSAN
ONLINE
0 comments:
Post a Comment