Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 1, 2019

BERSIHKAN NAMA BAIK MALAYSIA, ADUN PH DIDAKWA ROGOL PERLU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH







Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mendesak supaya Paul Yong dihadapkan ke mahkamah agar keadilan dapat ditegakkan dan seterusnya membersihkan nama baik Malaysia.

Exconya, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sehingga hari ini, Paul Yong masih tidak lagi didakwa serta menjalankan tugas seperti biasa dan hal ini amat mengecewakan serta memalukan.

“Jenayah ini amat serius dan memalukan negara sehingga mendapat perhatian Pesuruhjaya Indonesia, Thaufiek Zulbahary yang berharap tidak ada sebarang kekebalan undang-undang terhadap suspek dan perlu diheret ke muka pengadilan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini semalam.





Katanya, Indonesia merupakan negara ketiga tertinggi yang menyumbang dalam sektor perlancongan negara sehingga RM 2.83 bilion dan memberi manfaat yang banyak dalam pembangunan ekonomi.

Justeru tegasnya hubungan baik antara dua negara ini perlu diperkukuhkan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama pelancong khasnya dalam konteks Asia Tenggara.

“Walau bagaimanapun, kes Paul Yong, Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat telah menjejaskan imej baik Malaysia,” katanya lagi.

Dilaporkan pada 9 Julai lalu, satu laporan polis telah dibuat mengenai dakwaan cabul dan rogol terhadap seorang pembantu rumah wanita berusia 23 tahun yang mempunyai kaitan dengan Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong di Balai Polis Jelapang, namun malangnya sehingga ke hari ini tidak ada sebarang perkembangan tentang kes tersebut.


0 comments:

share2