Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 27, 2019

PAHANG TERUS FOKUS SEBAGAI NEGERI TERULUNG PERTANIAN




KUANTAN, 27,7,2019: Pahang akan terus menumpukan sektor pertanian sebagai ekonomi utamanya memandangkan ia mempunyai tanah yang luas dan sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti pertanian.


EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak berkata pada masa ini sahaja sumbangan Pahang dalam eksport negara harus mendapat pengiktirafan kerana telah mencapai jumlah yang besar.


“Eksport bunga dan sayur dari Cameron Highlands telah melebihi RM 1 bilion sementara eksport udang aquaculture melebihi RM 20 bilion.


Berucap di perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pahang 2019 di Kuantan, mewakili Menteri Besar, Dato’ Sri Soffi berkata seramai lebih 240 ribu ahli persatuan peladang,penternak dan nelayan di Pahang akan digerakkan dengan lebih berkesan sesuai dengan teknologi terkini.


Menurut beliau teknologi pertanian di Pahang agak ketinggalan berbanding negara ASEAN lain dan ia akan ditangani dengan segera bagi memastikan negara dapat bersaing dengan negara Thailand dan Vietnam yang sedang giat maju.


Lebih 110 pengusaha serta agensi kerajaan menyertai sambutan HARI PELADANG,PENTERNAK & NELAYAN PAHANG 2019 yang diadakan sehingga esok.

0 comments:

share2