Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 7, 2019

CERAMAH PERPADUAN UMMAH JERANTUT (JALAN KE PUTRAJAYA)




Jerantut, 7.7.2019 - Semalam berlangsung program Ceramah Perpaduan Ummah anjuran bersama UMNO Bahagian Jerantut dan PAS Kawasan Jerantut.


YB.Datuk Sri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah antara penceramah yang diundang.


Seramai hampir 500 orang dianggarkan hadir mendengar ceramah berkenaan yang bermula kira-kira jam 9.00 malam.


Dalam ucapannya, Ahmad Maslan menyentuh mengenai beberapa isu semasa yang sedang hangat diperkatakan, antaranya: mengenai perpecahan Melayu, janji palsu PRU14, penolakan rakyat terhadap kerajaan PH yang diterjemahkan melalui banyak PRK yang diadakan, sehingga kerajaan PH jadi takut untuk mengadakan PRK Jasin.


Datuk Sri Ahmad Maslan juga membentangkan statistik dimana Pahang akan mendapat kemenangan mutlak seratus peratus dari 14 kerusi Parlimen jika sekiranya jumlah undi BN dan PAS dicampurkan.


Perkara lain yang disentuh adalah saranan agar kerjasama UMNO PAS diteruskan dan diperkukuhkan, bilangan pengundi Melayu yang perlu ditambah, sentiasa menjaga dsn peka kepada kebajikan rakyat, serta memeperkasakan media sosial sebagai saluran maklumat utama kerana media arus perdana tidak lagi benar-benar membantu.

Azam Abd Rahman
https://www.facebook.com/azam.abd.rahman01/videos/10217371561494820/


Sumber: PahangKu

0 comments:

share2