Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 30, 2019

KERAJAAN PAHANG BUKTIKAN TIDAK BANKRUP





Kuala Lipis - Dato, Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis semalam dalam ucapannya menafikan sindiran bahawa kerajaan Pahang bankrup dalam masa 3 bulan seperti dakwaan.


Dalam ucapan Perasmian beliau kepada 367 perwakilan dalam mesyuarat kali ke-31 itu, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa kerajaan Pahang tidak bankrup seperti dakwaan malah mampu mencapai lebihan pendapatan dan mampu members bonus kepada penjawat awam lebih besar dari yang kerajaan Persekutuan berikan.


Semua berkat kerjasama semua pihak termasuk kalangan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Awam yang bersama-samba bertungkus-lumus berusaha keras bagi meningkatkan hasil negeri.

Sumber: Pahangku Media
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2791490774257835&id=173935606013378

0 comments:

share2