Kuala Lipis - Dato, Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO
Bahagian Lipis semalam dalam ucapannya menafikan sindiran bahawa kerajaan
Pahang bankrup dalam masa 3 bulan seperti dakwaan.
Dalam ucapan Perasmian beliau kepada 367 perwakilan dalam
mesyuarat kali ke-31 itu, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa
kerajaan Pahang tidak bankrup seperti dakwaan malah mampu mencapai lebihan
pendapatan dan mampu members bonus kepada penjawat awam lebih besar dari yang
kerajaan Persekutuan berikan.
Semua berkat kerjasama semua pihak termasuk kalangan Exco
Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Awam yang bersama-samba
bertungkus-lumus berusaha keras bagi meningkatkan hasil negeri.
Sumber: Pahangku Media
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2791490774257835&id=173935606013378
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor