Kuantan, 24.4.2019 – Pengerusi
Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia
Negeri Pahang. Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berharap agar pengamal media sentiasa berpegang kepada etika
dengan menyebarkan berita yang benar dan tepat agar masyarakat tidak terkeliru
dengan berita-berita yang tidak tepat yang akhirnya menjadi fitnah besar.
Berucap di Iftar Ramadhan Pengamal Media Negeri Pahang di
Hotel Rocana, Menurut Dato' Fakhruddin, dalam zaman kebebasan menyampaikan berita
melalui media sosial khususnya, banyak berita-berita tidak benar disebarkan
yang akhirnya mengakibatkan fitnah yang besar.
Beliau memberi contoh Negara Iraq dan Mesir telah tumbang dan musnah akibat
fitnah dan berita yang tersebar di media.
Kira-kira 100 orang pengamal pelbagai media, media
eletronik, cetak serta media sosial di negeri Pahang hadir dalam majlis yang
dianjurkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang.
0 comments:
Post a Comment