Pages

Friday, May 24, 2019

PENGAMAL MEDIA DIHARAP BERPEGANG KEPADA ETIKA BAGI ELAK FITNAH





Kuantan, 24.4.2019 –  Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.  Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berharap agar pengamal media sentiasa berpegang kepada etika dengan menyebarkan berita yang benar dan tepat agar masyarakat tidak terkeliru dengan berita-berita yang tidak tepat yang akhirnya menjadi fitnah besar.


Berucap di Iftar Ramadhan Pengamal Media Negeri Pahang di Hotel Rocana,  Menurut  Dato' Fakhruddin,  dalam zaman kebebasan menyampaikan berita melalui media sosial khususnya, banyak berita-berita tidak benar disebarkan yang akhirnya mengakibatkan fitnah yang besar.


Beliau memberi contoh Negara Iraq  dan Mesir telah tumbang dan musnah akibat fitnah dan berita yang tersebar di media.


Kira-kira 100 orang pengamal pelbagai media, media eletronik, cetak serta media sosial di negeri Pahang hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor