KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail,
berkata aplikasi “Pahang Go” adalah antara inisiatif untuk
mentranformasikan agensi di bawah kerajaan negeri dalam melaksanakan tugas
dengan lebih berkesan dan berkualiti.
”Aplikasi dibangunkan sepenuhnya anak tempatan itu sudah
diluluskan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) dan dilihat mampu
meningkatkan lagi perolehan hasil kerajaan Pahang melalui kutipan cukai
tertunggak.”
“Kerajaan negeri akan melancarkan aplikasi ‘Pahang Go’ awal
bulan depan bagi memudahkan rakyat membuat pelbagai pembayaran bil dan cukai
taksiran.”
“Apabila sistem atau
aplikasi ini beroperasi sepenuhnya, kita percaya ia dapat membantu kita menjadi
antara negeri yang melaksanakan konsep pentadbiran digital di negara ini.”
“Aplikasi ini adalah untuk memudahkan rakyat menunaikan
tanggungjawab mereka membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan
(PBT); pembayaran levi atau fi kepada agensi kerajaan negeri dan pelbagai
pembayaran lain yang membabitkan urusan dengan kerajaan negeri dengan lebih
cepat dan mudah,” kata beliau.
Dato’ Seri Wan Rosdy berkata, pengenalan aplikasi yang boleh
dimuat turun ke telefon pintar itu adalah untuk memberi pilihan kepada penduduk
di negeri ini dan mereka boleh memilih untuk terus berurusan di kaunter bagi
membayar bil atau cukai taksiran, atau membuat pembayaran secara atas talian
menggunakan aplikasi ‘Pahang Go’.
Katanya, aplikasi itu adalah untuk menjimatkan masa orang
ramai kerana setiap pembayaran boleh dibuat di mana sahaja, berbanding jika
mereka berurusan di kaunter yang memerlukan mereka memandu dan mencari tempat
letak kenderaan sebelum melakukan urusan.
“Caj dikenakan apabila berurusan menggunakan aplikasi ini
juga sama dengan kadar dikenakan jika berurusan di kaunter, jadi ia memberi
pilihan kepada mereka,” katanya.
0 comments:
Post a Comment