Pages

Thursday, May 9, 2019

“PAHANG GO” TRANFORMASIKAN AGENSI KERAJAAN PAHANG





KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata  aplikasi   “Pahang Go” adalah antara inisiatif untuk mentranformasikan agensi di bawah kerajaan negeri dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti.


”Aplikasi dibangunkan sepenuhnya anak tempatan itu sudah diluluskan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) dan dilihat mampu meningkatkan lagi perolehan hasil kerajaan Pahang melalui kutipan cukai tertunggak.”


“Kerajaan negeri akan melancarkan aplikasi ‘Pahang Go’ awal bulan depan bagi memudahkan rakyat membuat pelbagai pembayaran bil dan cukai taksiran.”


“Apabila sistem atau aplikasi ini beroperasi sepenuhnya, kita percaya ia dapat membantu kita menjadi antara negeri yang melaksanakan konsep pentadbiran digital di negara ini.”


“Aplikasi ini adalah untuk memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT); pembayaran levi atau fi kepada agensi kerajaan negeri dan pelbagai pembayaran lain yang membabitkan urusan dengan kerajaan negeri dengan lebih cepat dan mudah,” kata beliau.


Dato’ Seri Wan Rosdy berkata, pengenalan aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar itu adalah untuk memberi pilihan kepada penduduk di negeri ini dan mereka boleh memilih untuk terus berurusan di kaunter bagi membayar bil atau cukai taksiran, atau membuat pembayaran secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Pahang Go’.


Katanya, aplikasi itu adalah untuk menjimatkan masa orang ramai kerana setiap pembayaran boleh dibuat di mana sahaja, berbanding jika mereka berurusan di kaunter yang memerlukan mereka memandu dan mencari tempat letak kenderaan sebelum melakukan urusan.


“Caj dikenakan apabila berurusan menggunakan aplikasi ini juga sama dengan kadar dikenakan jika berurusan di kaunter, jadi ia memberi pilihan kepada mereka,” katanya.

Sumber: 



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor