Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 14, 2019

PAHANG GO MENDAPAT MINAT SYARIKAT SWASTA





KUANTAN:  Aplikasi ” Pahang Go” terus mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta untuk bekerjasama dalam menjayakannya.


Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail membuka ruang kepada beberapa syarikat memberi  taklimat dan perbentangan kertas kerja   dalam menjayakan projek “Pahang Go” di Zenith Hotel, Kuantan.


Antara syarikat yang hadir pada hari adalah Jompay, Digi, dan Paynet, anak syarikat Bank Negara dan Ambank.


Projek aplikasi PahangGo  adalah untuk memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT); pembayaran levi atau fi kepada agensi kerajaan negeri dan pelbagai pembayaran lain yang membabitkan urusan dengan kerajaan negeri dengan lebih cepat dan mudah.


Aplikasi "Pahang Go"  boleh dimuat turun ke telefon pintar  untuk memberi pilihan kepada orang awam memilih untuk terus berurusan di kaunter bagi membayar bil atau cukai taksiran, atau membuat pembayaran secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Pahang Go’.


Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff turut hadir.

0 comments:

share2