Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 11, 2019

124 MURID MENERIMA BANTUAN BIASISWA DI DUN JELAI




JELAI: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan bantuan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang 2019 bagi Dun Jelai di Dewan Bahagian Cameron Highlands.


Seramai 124 orang murid telah menerima sumbangan yang mana 120 orang dari SMK LKTP Sungai Koyan dan 4 dari SK Betau.


Setiap murid akan menerima wang tunai sebanyak RM300 dan jumlah implikasi kewangan pada hari ini adalah sebanyak RM72,300 dan ini merupakan bayaran penggal kedua bagi tahun 2019.


Bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang (YP) ini dijangka dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak menimba ilmu pengetahuan.


Dari tahun 1983 hingga Disember 2018, Yayasan Pahang (YP) telah membelanjakan hampir RM1.2 Billion untuk membiayai biasiswa, pinjaman pendidikan, dan program-program pendidikan, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan.

0 comments:

share2