KUANTAN, 11.4.2019 : Kerajaan Pahang telah meluluskan lebih
37,000 unit Perumahan Mampu Milik sehingga hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, jumlah itu jauh melebihi sasaran yang diletakkan untuk tahun 2013
hingga 2018 iaitu berjumlah 15,000 unit sahaja.
"Sebahagian besar daripadanya sudah siap dan ada yang
dalam proses pemilihan syarikat pemaju, selain penyelesaian isu lain seperti
reka bentuk dan pemilihan lokasi projek.”
“Pembinaan unit kediaman itu membabitkan 125 projek dan pihaknya
sentiasa mencari langkah terbaik bagi menyediakan perumahan mampu milik buat
rakyat di Pahang.”
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis
Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Makmur Hijrah Jaya, hari ini.
Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr
Sallehudin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abdul Rahim Muda.
0 comments:
Post a Comment