Pages

Thursday, April 11, 2019

PERUMAHAN MAMPU MILIK PAHANG MELEPASI SASARAN






KUANTAN, 11.4.2019 : Kerajaan Pahang telah meluluskan lebih 37,000 unit Perumahan Mampu Milik sehingga hari ini.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu jauh melebihi sasaran yang diletakkan untuk  tahun 2013 hingga 2018 iaitu berjumlah 15,000 unit sahaja.


"Sebahagian besar daripadanya sudah siap dan ada yang dalam proses pemilihan syarikat pemaju, selain penyelesaian isu lain seperti reka bentuk dan pemilihan lokasi projek.”


“Pembinaan unit kediaman itu membabitkan 125 projek dan pihaknya sentiasa mencari langkah terbaik bagi menyediakan perumahan mampu milik buat rakyat di Pahang.”


Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Makmur Hijrah Jaya, hari ini.


Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abdul Rahim Muda.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor