Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 30, 2019

PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT KE KUALA TAHAN



Jerantut, 30.4.2019 - KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Tiang, Kuala Tahan.


Penduduk Kampung Sungai Tiang seramai 240 orang hadir meraikan keberangkatan baginda yang buat pertama kalinya ke sini.


Seramai 60 orang yang terpilih telah menerima sumbangan dari Pemangku Raja dalam majlis berkenaan disini pagi tadi.


Selesai majlis pengurniaan berkenaan, KDYMM Pemangku Raja mencemar duli menziarah 3 buah rumah hasnaf di Kampung Padang, Sepiah Dollah, Mat Sari Idris dan Ibrahim Derus.


Petang nanti KDYMM dijadualkan akan bersama rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dalam acara Sukan Rakyat.


Sementara pada sebelah malam nanti baginda akan bersama-sama rakyat di Masjid Kuala Tahan bersolat maghrib dan bertahlil.


KDYMM Pemangku Raja Pahang berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Penduduk Orang Asli Kg. Sungai Tiang, Kuala Tahan Jerantut.


Turut sama mengiringi baginda YB Dato' Hj. Nazri Ngah, YB Dato' Aziz Kiram, YB Rahim Muda, YB Hj. Nazlan Idris, YB Zakuan, YH Dato' Wan Zamzuri, Puan Pegawai Daerah serta Pegawai-Pegawai Kerajaan, orang-orang kenamaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.



SUMBER: FACEBOOK: PAHANGKU MEDIA

0 comments:

share2