Jerantut, 30.4.2019 - KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku
Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Sumbangan
Kepada Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Tiang, Kuala Tahan.
Penduduk Kampung Sungai Tiang seramai 240 orang hadir
meraikan keberangkatan baginda yang buat pertama kalinya ke sini.
Seramai 60 orang yang terpilih telah menerima sumbangan dari
Pemangku Raja dalam majlis berkenaan disini pagi tadi.
Selesai majlis pengurniaan berkenaan, KDYMM Pemangku Raja
mencemar duli menziarah 3 buah rumah hasnaf di Kampung Padang, Sepiah Dollah,
Mat Sari Idris dan Ibrahim Derus.
Petang nanti KDYMM dijadualkan akan bersama rakyat di Padang
Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dalam acara Sukan Rakyat.
Sementara pada sebelah malam nanti baginda akan bersama-sama
rakyat di Masjid Kuala Tahan bersolat maghrib dan bertahlil.
KDYMM Pemangku Raja Pahang berangkat ke Majlis Pengurniaan
Sumbangan Kepada Penduduk Orang Asli Kg. Sungai Tiang, Kuala Tahan Jerantut.
Turut sama mengiringi baginda YB Dato' Hj. Nazri Ngah, YB
Dato' Aziz Kiram, YB Rahim Muda, YB Hj. Nazlan Idris, YB Zakuan, YH Dato' Wan
Zamzuri, Puan Pegawai Daerah serta Pegawai-Pegawai Kerajaan, orang-orang
kenamaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
SUMBER: FACEBOOK: PAHANGKU MEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor