Kuantan, 15.4.2019 : Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal
Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
bertitah, dalam mengejar peningkatan hasil, kawasan hutan di Negeri Pahang tidak
dijadikan kawasan pembalakan dan penerokaan semata-mata. Ia mampu menjadi
sumber pendapatan melalui pengamalan sistem konservasi alam sekitar yang holistic
yang seterusnya akan memperkasakan sektor eko-pelancongan dan turut berupaya
mendatangkan hasil kepada kerajaaan negeri.
“Dalam merealisasikan hasrat ini, saya menyeru agar semua
pihak dapat melaksanakan kajian impak terhadap pengurusan alam sekitar secara
telus bagi sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan. Hebahan
media massa terhadap kes-kes alam sekitar di Negeri Pahang perlu diambil
perhatian dan tindakan segera.”
“Saya menyokong penuh usaha penguatkuasaan oleh kerajaan negeri
dalam menangani gejala pencerobohan tanah kerajaan terutamanya yang melibatkan
kawasan tadahan air, rizab sungai dan rizab jalan. Saya berharap kerajaan
Pahang dapat melaksanakan tindakan penguasaan ini dengan lebih menyeluruh
tetapi dengan berhemah dalam pelaksanaannya ," titah baginda pada Istiadat
Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pahang Ke-14, di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Baginda berharap, dengan adanya kesedaran dan tanggongjawab
yang tinggi di kalangan rakyat, selain daripada komitmen yang berterusan
daripada kerajaan, kesejahteraan alam sekitar dan kekayaan sumber asli di
Pahang akan dapat terus dinikmati dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
0 comments:
Post a Comment