Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 27, 2019

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH PERKUKUHKAN PERPADUAN UMMAH DAN MEMARTABATKAN ISLAM






Kuantan, 26.4.2019: Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata , Himpunan Perpaduan Ummah merupakan suatu modul dalam menjadikan rakyat khususnya kaum Melayu dan Islam agar bersatu semula demi kestabilan politik di negara ini.


“Ia tidak mempunyai agenda tersirat dalam mendiskriminasi kaum dan agama selain Melayu dan Islam dan hanya bermatlamat untuk  memperkukuhkan perpaduan umat dan memartabatkan agama Islam di negara ini.”


"Tujuan kita cuma mahu menyatupadukan rakyat di Malaysia yang mana kita akan satukan dahulu kaum Melayu dan Islam di negara ini supaya orang Melayu tidak rugi duduk di dalam negara mereka sendiri.”


"Namun kaum selain Melayu dan mereka yang tidak beragama Islam jangan takut jangan gundah gulana kerana agenda ini membawa kebaikan rakyat dan bukan untuk memerangi sesiapa (kaum bukan Melayu dan bukan beragama Islam),"katanya.


“Jika kaum Melayu bersatu padu, maka rakyat bukan Melayu dan tidak beragama Islam akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di samping keadaan politik akan stabil menjadikan ramai pelabur luar akan melabur di Malaysia‚"


"Golongan majoriti ini jadi berpecah semuanya demi kepentingan politik mereka. Kita tidak mahu lagi mereka (kaum Melayu) tertipu oleh agenda fitnah yang perlu disingkirkan daripada pemikiran rakyat kita supaya kita boleh hidup bersatu padu,"katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1, yang mendapat sambutan hangat dihadiri lebih 10‚000 orang.


Turut hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar serta barisan kepimpinan tertinggi Umno dan Pas.


0 comments:

share2