Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 25, 2019

HAMPIR 600 PETUGAS UMNO, PAS DAN NGO BERUSAHA MEMASTIKAN KEJAYAAN HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH



Kuantan, 25.4.2019: Hampir 600 petugas Himpunan Perpaduan Ummah yang akan diadakan esok, menghadiri taklimat terakhir bagi memastikan kejayaannya.


EXCO Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Mohammad Fakhruddin  Mohd Ariff yang turut hadir berkata hampir 300 petugas serta 300 lagi sukarelawan  dari UMNO, PAS dan NGO bertungkus lumus siang dan malam sejak beberapa minggu lepas bagi memastikan Himpunan Perpaduan Ummah Pahang 2019 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,


“Matlamat Perhimpunan Perpaduan Ummah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dan Padang MPK 1  akan bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam bertujuan bagi mengukuhkan perpaduan Umat Islam dan menyatupadukan ummah termasuk bangsa-bangsa lain.”


“Semoga  perpaduan antara masyarakat majmuk dalam negara  kita semakin kukuh demi masa depan negara yang kita cintai ini,” kata beliau.

0 comments:

share2