Kehangatan pilihanraya kembali terasa pada kali ini menyaksikan dua parti majoriti bertanding bagi mendapatkan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau kali ini.
Hari ini berjalannya proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini di SJK (C) Bandar Sri Sendayan.
Pada pagi ini, turut hadir YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama ribuan penyokong parti BN bagi memberi sokongan dan penghormatan kepada calon, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan daripada BN.
Melihat sokongan yang hadir, ramai berangggapan bahawa Tok Mat masih mampu untuk memenangi serta mengekalkan kerusi BN di Dun Rantau ini.
Lautan biru Barisan Nasional mengiringi Tok Mat menuju ke dalam Dewan Penamaan Calon PRK Rantau
Tidak ketinggalan juga pemimpin tertinggi PAS yang datang memberi sokongan.Umno dan PAS sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.
Demi penyatuan ummah, dua parti terbesar melayu islam itu akan membantu jentera BN untuk sekali lagi memenangi PRK Rantau yang akan di adakan julung kali.
Apa yang kedua-kedua parti ini akan tercapai jika kemengan berpihak kepada BN adalah membela agama islam dan bangsa melayu selepas Islam seolah-olah di hujung tanduk selepas PH berkuasa.
Namun begitu ,MCA dan MIC juga mempunyai peranan besar kerana kedua-dua parti minoriti ini sememangnya telah bersama BN sejak zaman merdeka lagi, dan ia tidak akan menjadi masalah jika gabungan UMNO bersama PAS, kerana gabungan ini memperjuangkan dasar yang sama tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.
Jadi ada jugalah baiknya kalau Umno bergabung bersama PAS pada PRU akan datang. Cameron Highlands dan Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran kepada PH bahawa gabungan ini akan memberi satu cabaran yang sangat besar pada PRU akan datang.
0 comments:
Post a Comment