Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 13, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: PERJUANGANKAN KEMAJUAN MASYARAKAT ORANG ASLI, PRINSIP CALON BN



PRK CAMERON HIGHLANDS: Perjuangkan Kemajuan Masyarakat Orang Asli, Prinsip Calon BN




“Saya pasti bantu anda (masyarakat Orang Asli).

“Suara anda akan berada di Parlimen.

“Demi masa depan yang lebih baik.





Itulah kata-kata yang penuh makna dalam ceramah pertama calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor yang melahirkan harapan tinggi terhadap pengundi Orang Asli terutama dalam memberi soko­ngan kepadanya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

“Saya berjanji akan memperjuangkan kemaju­an un­tuk masyarakat Orang Asli terutama apabila BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen ini,” katanya sewaktu kunjungan ke kampung asalnya, Kam­pung Mensun di sini.

“Saya pohon undilah saya.

“Saya akan membantu setiap masyarakat terutama Orang Asli dan akan membawa suara anda di Parlimen demi masa depan yang lebih baik untuk anda semua,” kata Ramli yang yang terus berkempen sebaik sahaja beliau selesai mengemukakan pencalonan.




Ramli, 61, ialah seorang bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (Bersara) yang juga wa­kil kaum Orang Asli daripada suku kaum Semai.


0 comments:

share2