“Saya pasti bantu anda (masyarakat Orang Asli).
“Suara anda akan berada di Parlimen.
“Demi masa depan yang lebih baik.
Itulah kata-kata yang penuh makna dalam ceramah pertama calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor yang melahirkan harapan tinggi terhadap pengundi Orang Asli terutama dalam memberi sokongan kepadanya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.
“Saya berjanji akan memperjuangkan kemajuan untuk masyarakat Orang Asli terutama apabila BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen ini,” katanya sewaktu kunjungan ke kampung asalnya, Kampung Mensun di sini.
“Saya pohon undilah saya.
“Saya akan membantu setiap masyarakat terutama Orang Asli dan akan membawa suara anda di Parlimen demi masa depan yang lebih baik untuk anda semua,” kata Ramli yang yang terus berkempen sebaik sahaja beliau selesai mengemukakan pencalonan.
Ramli, 61, ialah seorang bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (Bersara) yang juga wakil kaum Orang Asli daripada suku kaum Semai.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor