Pages

Sunday, January 13, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: KALAU TAK FAHAM JANGAN CAKAP WAHAI MANOGARAN!



PRK CAMERON HIGHLANDS: Kalau Tak Faham Jangan Cakap Wahai Manogaran ! – Bidas MB Pahang




Faham dahulu baharu cakap !

Faham lebih mendalam !

Itu kata-kata ketegasan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau menasihatkan calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M. Manogaran supaya berhati-hati bercakap atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Dia (Manogaran) perlu lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu hal.

“Umpamanya isu para petani yang diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan kononnya hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.

“Seharusnya beliau ketahui bahawa perihal tanah adalah jatuh di bawah kuasa Kerajaan Negeri seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehingga hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada petani berjumlah 24,007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands.

Soalnya sekarang pemimpin DAP termasuk calon mereka di Cameron Highlands terlalu angkuh dan banyak mempersoalkan antara masalah utama di Cameron Highlands adalah isu petani yang diberi TOL dan kononnya hanya Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah ini.

Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik termasuk soal-soal perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Saya turut percaya, ini semua adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands.

“Kerajaan Negeri Pahang tentunya memberi bantuan sekiranya petani menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan selama ini pun kita bantu,” kata Wan Rosdy.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor