Pekan, 9.1.2019: “Menteri PH itu yang hanya menggunakan masa
beberapa bulan untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu
orang pelabur sahaja untuk buat kereta.”
“Malangnya, menteri itu sudah konar baring.
Pelaburan RM1.6 trilion sudah tak jadi.Yang tinggal hanya air liur”, kata
mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak dalam Facebook terbarunya.
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Usahawan
memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional
ketiga yang sebahagian besarnya adalah daripada pelaburan vendor.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia beranggapan
bahawa YB Menteri sebenarnya akur kepada citarasa Perdana Menteri yang ingin
melihat projek kereta nasional ketiga dilaksanakan walaupun itu bukan citarasa
rakyat Malaysia.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat
bahawa projek “Kereta Nasional Ketiga” ini merupakan satu pembaziran di waktu
ekonomi negara dikatakan berada dalam keadaan banyak hutang. Negara sudah memiliki kereta nasional pertama dan kedua yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan prestasi yang baik.
RM20 juta sebenarnya boleh digunakan untuk
Bantuan Sara Hidup RM1,200 kepada hampir 17,000 rakyat Malaysia. RM20 juta ini
juga boleh digunakan sebagai bantuan voucher buku RM100 kepada 200,000
anak-anak kita yang bersekolah. RM20 juta ini boleh digunakan untuk membina 100
gelanggang futsal kepada anak-anak muda di kawasan bandar dan luar bandar.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang
serius bahawa subsidi petani, pekebun kecil dan nelayan dikurangkan atau
dihapuskan dalam Belanjawan 2019. RM20 juta ini boleh disalurkan kepada 40,000
petani, pekebun kecil dan nelayan, jika diberi bantuan RM500 seorang.
Akhir sekali, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia
ingin mencadangkan kerajaan agar menyalurkan dana seperti ini untuk
membangunkan projek pengangkutan awam yang membawa lebih manfaat kepada
majoriti rakyat Malaysia.
Rakyat perlukan pengangkutan awam yang
lebih integrasi dan efektif, bukan satu lagi projek kereta nasional yang hanya
memberi manfaat kepada sekelompok kecik rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment