Pages

Wednesday, January 9, 2019

PELABURAN RM1.6 TRILION PH BUAT KERETA TAK JADI. MENTERI KONAR BARING LAGI : NAJIB





Pekan, 9.1.2019:  “Menteri PH itu yang hanya menggunakan masa beberapa bulan untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.”


“Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion sudah tak jadi.Yang tinggal hanya air liur”, kata mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak dalam Facebook terbarunya.


Sementara itu, Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besarnya adalah daripada pelaburan vendor.


Dewan Pemuda IKATAN Malaysia beranggapan bahawa YB Menteri sebenarnya akur kepada citarasa Perdana Menteri yang ingin melihat projek kereta nasional ketiga dilaksanakan walaupun itu bukan citarasa rakyat Malaysia.



Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat bahawa projek “Kereta Nasional Ketiga” ini merupakan satu pembaziran di waktu ekonomi negara dikatakan berada dalam keadaan banyak hutang.Negara sudah memiliki kereta nasional pertama dan kedua yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan prestasi yang baik.


RM20 juta sebenarnya boleh digunakan untuk Bantuan Sara Hidup RM1,200 kepada hampir 17,000 rakyat Malaysia. RM20 juta ini juga boleh digunakan sebagai bantuan voucher buku RM100 kepada 200,000 anak-anak kita yang bersekolah. RM20 juta ini boleh digunakan untuk membina 100 gelanggang futsal kepada anak-anak muda di kawasan bandar dan luar bandar.


Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius bahawa subsidi petani, pekebun kecil dan nelayan dikurangkan atau dihapuskan dalam Belanjawan 2019. RM20 juta ini boleh disalurkan kepada 40,000 petani, pekebun kecil dan nelayan, jika diberi bantuan RM500 seorang.


Akhir sekali, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin mencadangkan kerajaan agar menyalurkan dana seperti ini untuk membangunkan projek pengangkutan awam yang membawa lebih manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia.


Rakyat perlukan pengangkutan awam yang lebih integrasi dan efektif, bukan satu lagi projek kereta nasional yang hanya memberi manfaat kepada sekelompok kecik rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor