Kuala Lumpur, 7.1.2019: Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri
Mohamad Hasan berkata tindakan menghina dan memperlekeh bekas Yang diPertuan
Agong adalah satu perbuatan tidak boleh
dianggap remeh.
“Tangkap saja individu yang tidak bertanggung-jawab seperti
itu, jangan bagi muka”, kata beliau.
Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook
yang bernama Eric Liew yang secara jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V.
Ketuanya, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki berkata, jika di
negara lain warganegara yang melemparkan komen menghina seperti yang dilakukan
oleh Eric Liew akan menerima tindakan undang-undang.
Menerusi komen Eric Liew yang dibuat dalam satu hantaran di
Facebook berbunyi ‘Too busy fornicating with his new bride’ (Terlalu sibuk
berzina dengan isteri baharunya).
0 comments:
Post a Comment