Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 19, 2019

ADAKAH KERAJAAN PH YANG JELAS MENIPU SEPERTI INI PERLU KITA MENGUNDI : MB PAHANG




Jelai, 19.1.2019: “Adakah kerajaan yang macam ini yang hendak kita bergantung? Adakah kerajaan yang jelas menipu kita seperti ini perlu kita undi?


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.


Bahkan katanya, ia berpunca daripada tindakan kerajaan PH yang membatalkan peruntukan beberapa projek pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Cameron Highlands pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.


“Dulu ada juga Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak  bagi masjid Sungai Koyan RM5 juta kepada kita, bagi jalan ke Pos Sinderut RM35 juta, bagi jalan ke Pos Lenjang RM15 juta. Elok-elok nak buat kita (BN) kalah pula, PH hentikan pula (projek).


“Lepas itu bila dia masuk dia tak pernah pijak pun bumi Cameron Highlands ini, tanah Jelai ini, dia datang-datang dia tersangkut di Pos Lenjang… Dia kata kita tak buat kerja, tiada pembangunan di Jelai, Cameron Highlands… yang dia ‘stop’ peruntukan dia lupa,” bidasnya dalam ucapan di Majlis Ramah Mesra Calon BN, Ramli Mohd Nor yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama peneroka Felda Sungai Koyan di Dewan Jubli Perak, di sini.


Turut hadir, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan Ariffin; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin serta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.


Sumber:


0 comments:

share2