Jelai, 19.1.2019: “Adakah kerajaan yang macam ini yang
hendak kita bergantung? Adakah kerajaan yang jelas menipu kita seperti ini
perlu kita undi?
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kononnya kerajaan
Barisan Nasional (BN) tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Bahkan katanya, ia berpunca daripada tindakan kerajaan PH
yang membatalkan peruntukan beberapa projek pembangunan infrastruktur di
kawasan Parlimen Cameron Highlands pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
“Dulu ada juga Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi masjid Sungai Koyan RM5 juta kepada
kita, bagi jalan ke Pos Sinderut RM35 juta, bagi jalan ke Pos Lenjang RM15
juta. Elok-elok nak buat kita (BN) kalah pula, PH hentikan pula (projek).
“Lepas itu bila dia masuk dia tak pernah pijak pun bumi
Cameron Highlands ini, tanah Jelai ini, dia datang-datang dia tersangkut di Pos
Lenjang… Dia kata kita tak buat kerja, tiada pembangunan di Jelai, Cameron
Highlands… yang dia ‘stop’ peruntukan dia lupa,” bidasnya dalam ucapan di
Majlis Ramah Mesra Calon BN, Ramli Mohd Nor yang turut dihadiri bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama peneroka Felda Sungai Koyan di
Dewan Jubli Perak, di sini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan
Ariffin; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang juga
Ahli Majlis Tertinggi UMNO; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul
Muttalib; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Ketua UMNO
Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin serta bekas Pengerusi Felda,
Tan Sri Shahrir Samad.
Sumber:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor