Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 10, 2018

RIZAB NEGARA TERUS MENJUNAM: MANA MENTERI GAJI RM BERJUTA?






Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak memainkan peranan walaupun rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) terus menyusut.

Dilaporkan, rizab antarabangsa BNM menyusut 1.07 peratus kepada AS$101.7 bilion (RM424.01 bilion) setakat 31 Oktober lalu, berbanding AS$102.8 bilion (RM428.59 bilion) pada 15 Oktober lalu.

“Rakyat mahukan harga barang yang turun. Rupanya nilai Ringgit, harga sawit, harga getah yang jatuh teruk. Kekayaan negara yang terkumpul dulu pun makin berkurang. Apa kerajaan PH buat? Apa peranan menteri-menteri gaji berjuta ringgit setahun?” soal Zahida dalam status ‘twitter’nya.

Sejak kerajaan PH mengambil alih tampuk pimpinan negara, rizab negara dilihat semakin menjunam selain aliran keluar dana asing dari pasaran modal juga semakin bertambah.
Pelabur dilihat secara berterusan membawa keluar pelaburan mereka dari dalam negara ekoran ketidaktentuan masa depan ekonomi di Malaysia. Pada 14 Jun lepas, jumlah pelaburan yang dibawa keluar adalah paling tinggi iaitu RM402.2 juta.

Pada bulan Mei yang lalu dalam pasaran bon, RM13 bilion telah di bawa keluar dari Malaysia.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkali-kali memberi peringatan kepada kerajaan baru agar jangan meneruskan membuat kenyataan berbaur dendam kerana ia akan memberikan kesan kepada ekonomi negara tapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mengendahkan perkara itu sebaliknya terus membuat tuduhan melulu melangkaui siasatan dan akibatnya pelabur mula hilang keyakinan kepada Malaysia.

Kesan daripada sikap tidak profesional kerajaan PH telah menyaksikan bukan sahaja Bursa Malaysia yang menerima kesan buruk daripada kemerosotan ekonomi ini tetapi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut sama terkesan. Agensi itu telah rugi hampir RM6 bilion sejak PH menjadi kerajaan baru Malaysia.



Menurut laporan The Edge Markets, pada bulan pertama pemerintahan PH, pelaburan KWSP di dalam 10 syarikat tersenarai awam (PLC) jatuh 12 peratus.

Kerugian keseluruhan berjumlah RM6.09 bilion, jatuh kepada RM45.12 bilion di dalam nilai pelaburan.

10 PLC yang dimaksudkan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.


0 comments:

share2