Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 11, 2018

PH AKHIRNYA 'BAKUL SAMPAH' JANJI MANIFESTO


PH Akhirnya ‘Bakul Sampah’ Janji Manifesto Sendiri


HAPUS… Setelah hampir 200 hari kuasai Malaysia, Pakatan Harapan (PH) akhirnya secara rasmi telah hapus segala janji direka mereka sendiri dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan, malah digantikan dengan dua dokumen baharu yang langsung tidak melibatkan janji manifesto.

Dua dokumen itu ujar beliau ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 dan Laporan Belanjawan 2019 kerana ia mengandungi segala maklumat baharu berkaitan dengan kedudukan semasa ekonomi negara ketika ini.

“Kedua-kedua dokumen ini boleh jadi pengganti kepada manifesto kerana ia ditulis berdasarkan maklumat jauh lebih lengkap yang dimiliki kita sekarang berbanding daripada kita tulis manisfesto PH dahulu,” kata Wan Saiful.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan di ibu negara, hari ini sekali gus membuktikan PH tidak lagi berminat tunai janji manifesto sendiri.

Berita sedih itu turut diulas oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran terbaharu menerusi akaun sosial Facebook beliau dengan tajuk sindiran ‘RASMI: Manifesto PH sudah boleh dicampak.’




“Teringat pada sesi sembang santai hari itu, ada seorang rakan media sosial tanya saya: Jika mereka boleh menipu secara terus-terang apa yang ditulis dalam hitam putih dalam buku mereka, apa lagi mereka tidak mampu menipu?

“Saya tidak ada jawapan untuk dia pada hari itu. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat mencari jawapan,” kata Najib dalam nada sinis merujuk kegagalan PH tepati segala janji manis manifesto blok politik itu ketika PRU ke-14.

Hantaran bekas menteri kewangan itu terima reaksi luar biasa ramai netizen apabila dapat lebih 3,000 tanda suka selain kira-kira 500 komen yang turut terkejut dengan kenyataan Wan Saiful sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Ramai netizen luah rasa kesal dengan berita gempar itu sekali gus membuktikan PH bukan kerajaan boleh diharap untuk bela nasib rakyat terutama pengundi yang harap perubahan lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk janji konon mahu hapus kutipan tol lebuh raya, pemansuhan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, penetapan gaji minimum RM1,500 dan lupuskan tunggakan hutang peneroka Felda.

Ada yang marah dengan lempar kata-kata kesat terhadap kerajaan PH manakala tidak kurang juga kesal kerana undi mereka ketika PRU ke-14 lepas akibat terpedaya dengan janji ‘bulan dan bintang’ ditawarkan.


0 comments:

share2